Friday, 19 August 2011

Persoalan yang biasa di tanya mengenai perkara yang membatalkan puasa

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa? 
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
 - Muntah dengan sengaja
 - Mengeluarkan air mani
 - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
 - Kedatangan haid, nifas atau kelahiran bagi wanita
 - Menjadi gila
 - Pitam sepanjang hari
 - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
 - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.


Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya? 
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau
mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang 2 bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini? 
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang  terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang? 
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian,  adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa.

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit  semput) ketika berpuasa? 
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.


Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau  hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan 
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

Wednesday, 17 August 2011

pancake vs lempeng

Siapa tahu apa itu pancake? Mesti ramai tahu kan. Dalam cerita2 orang putih selalu ada. Diorang jadikan pancake ni sebagai breakfast diorang. Siapa tahu apa itu lempeng? Lempeng ni siapa tak tahu aku tak tahu la nak cakap apa. Lempeng ni lebih kepada pancake orang Melayu. Time kat kampung banyak juga orang buat. Kalau tak tahu lempeng tu apa cuba cari kat bazaar Ramadan berhampiran. Insya-Allah ada :) Ni gambar2 pancake dan lempeng :




p/s : Haaaa, ni pancake namanya. Nampak sedap kan? *meleleh air liur* Pancake boleh dimakan dengan madu, jam buah-buahan atau syrupnya yang diperbuat daripada rasberry, blueberry, gula melaka KOT. Aku tak tahu sangat sebab aku tahu makan je. hehehe :D





p/s : Ni pula lempeng. Ye, aku tahu pancake nampak lagi sedap tapi belum cuba belum tahu. Lempeng ni pun boleh tahan sedapnya tahu. Boleh di makan dengan sambal2 macam sambal udang, sambal ikan bilis, sambal sotong. Waaaaa, nak suruh mak aku buat lempeng la untuk breakfast. Eh, maksud aku sahur. hehe :p

 Terbaik kan? :) Well, this post is for someone actually. I hope you'll enjoy reading this post. hehe :D Tu la, susahlah kalau orang Melayu pun tak tahu lempeng tu apa :3

Jika berminat untuk mencuba, ini ada link untuk resipi (resepi) *tak sure ejaannya* pancake dan lempeng. Selamat mencuba :
*Owner website tak bagi tak bagi mengeluar ulang benda2 dalam tu so, ako bagi link je lah. Korang tengok sendiri.


Sunday, 14 August 2011

I'll Stick to Games for a While

See, i've finished my Zoids Legacy and now i'm playing Yu-gi-oh Forbidden Memories and Digimon World 2. This 2 games are the best, i think :p i've played them before actually but i don't have time to finish it. So, i'll proof to all of you that i'm a hardcore gamer that can finish a game only in few weeks. LOL. Is that possible ? Just wait and see.





p/s: Digimon World 2

p/s: Yu-Gi-Oh Forbidden Memories

Friday, 12 August 2011

Holy Water ? Air apa sebenarnya ?

Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.


Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenaiHoly water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran
"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]
Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian.Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.
"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]
Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.

artikel dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2383-holy-water-hentikan-fitnah-pada-penganut-kristian.html#.TkT9cVfzwNc.facebook

Zoids Legacy

Zoids Legacy tu nama game ye kawan2. Game gameboy advance. Best gak game tu. Kalau tak tahu zoids tu apa pandai2 la google oryte ? Dan yang paling gempak ako habiskan main game tu dalam masa seminggu. Pergh ! itu satu kegempakkan ye dak ye dak. hihi. Cool siud. Fyi, ako tak main kat gameboy lah. Main dekat visual boy advance. Emulator untuk gameboy advance. So, boleh la main dekat komputer. Kalau korang nak emulator2 untuk gameboy, ps1, ps2 try la google. Pastu download. Ceh, macam budak2 kan saya :D Padahal dah nak SPM. Huuuu~






                               *p/s : screenshot yang ako google. ako tak print screen time ako main ;)

Wednesday, 3 August 2011

Hikmah Puasa Ramadan


At Tauhid edisi V/36
Oleh: Muhammad Abduh Tuasikal
Para pembaca yang semoga selalu dirahmati oleh Allah Ta’ala. Kita sudah mengetahui bersama bahwa puasa Ramadhan itu diwajibkan bagi setiap muslim, yang baligh, berakal, dalam kondisi sehat, bermukim, serta suci dari haidh dan nifas. Lalu apa hikmah di balik melakukan ibadah puasa ini? Hikmahnya begitu banyak. Sebagian dari kalam ulama mengenai hikmah puasa Ramadhan, kami sarikan berikut ini.
Menggapai Derajat Takwa
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah: 183). Ayat ini menunjukkan bahwa di antara hikmah puasa adalah agar seorang hamba dapat menggapai derajat takwa dan puasa adalah sebab meraih derajat yang mulia ini. Hal ini dikarenakan dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Inilah pengertian takwa. Bentuk takwa dalam puasa dapat kita lihat dalam berbagai hal berikut.
Pertama, orang yang berpuasa akan meninggalkan setiap yang Allah larang ketika itu yaitu dia meninggalkan makan, minum, berjima’ dengan istri dan sebagainya yang sebenarnya hati sangat condong dan ingin melakukannya. Ini semua dilakukan dalam rangka taqorrub atau mendekatkan diri pada Allah dan meraih pahala dari-Nya. Inilah bentuk takwa.
Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan kesenangan-kesenangan duniawi yang ada. Namun dia mengetahui bahwa Allah selalu mengawasi diri-Nya. Ini juga salah bentuk takwa yaitu merasa selalu diawasi oleh Allah.
Ketiga, ketika berpuasa, setiap orang akan semangat melakukan amalan-amalan ketaatan. Dan ketaatan merupakan jalan untuk menggapai takwa. (Periksa Taisir Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, hal. 86, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H)
Hikmah di Balik Meninggalkan Syahwat dan Kesenangan Dunia
Di dalam berpuasa, setiap muslim diperintahkan untuk meninggalkan berbagai syahwat, makanan dan minuman. Itu semua dilakukan karena Allah. Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku” (HR. Muslim no. 1151). Di antara hikmah meninggalkan syahwat dan kesenangan dunia ketika berpuasa adalah:
Pertama, dapat mengendalikan jiwa. Rasa kenyang karena banyak makan dan minum, kepuasan ketika berhubungan dengan istri, itu semua biasanya akan membuat seseorang lupa diri, kufur terhadap nikmat, dan menjadi lalai. Sehingga dengan berpuasa, jiwa pun akan lebih dikendalikan.
Kedua, hati akan menjadi sibuk memikirkan hal-hal baik dan sibuk mengingat Allah. Apabila seseorang terlalu tersibukkan dengan kesenangan duniawi dan terbuai dengan makanan yang dia lahap, hati pun akan menjadi lalai dari memikirkan hal-hal yang baik dan lalai dari mengingat Allah. Oleh karena itu, apabila hati tidak tersibukkan dengan kesenangan duniawi, juga tidak disibukkan dengan makan dan minum ketika berpuasa, hati pun akan bercahaya, akan semakin lembut, hati pun tidak mengeras dan akan semakin mudah untuk tafakkur (merenung) serta berdzikir pada Allah.
Ketiga, dengan menahan diri dari berbagai kesenangan duniawi, orang yang berkecukupan akan semakin tahu bahwa dirinya telah diberikan nikmat begitu banyak dibanding orang-orang fakir, miskin dan yatim piatu yang sering merasakan rasa lapar. Dalam rangka mensyukuri nikmat ini, orang-orang kaya pun gemar berbagi dengan mereka yang tidak mampu.
Keempat, dengan berpuasa akan mempersempit jalannya darah. Sedangkan setan berada pada jalan darahnya manusia. Sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam“Sesungguhnya setan mengalir dalam diri manusia pada tempat mengalirnya darah.” (HR. Bukhari no. 7171 dan Muslim no. 2174). Jadi puasa dapat menenangkan setan yang seringkali memberikan was-was. Puasa pun dapat menekan syahwat dan rasa marah. Oleh karena itu, Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan puasa sebagai salah satu obat mujarab bagi orang yang memiliki keinginan untuk menikah namun belum kesampaian. (Disarikan dari Latho’if Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 276-277, Al Maktab Al Islamiy, cetakan pertama, 1428 H)
Mulai Beranjak Menjadi Lebih Baik
Di bulan Ramadhan tentu saja setiap muslim harus menjauhi berbagai macam maksiat agar puasanya tidak sia-sia, juga agar tidak mendapatkan lapar dan dahaga saja. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga saja.” (HR. Ath Thobroniy dalam Al Kabir dan sanadnya tidak mengapa. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadits ini shohih ligoirihi –yaitu shohih dilihat dari jalur lainnya)
Puasa menjadi sia-sia seperti ini disebabkan bulan Ramadhan masih diisi pula dengan berbagai maksiat. Padahal dalam berpuasa seharusnya setiap orang berusaha menjaga lisannya dari rasani orang lain (baca: ghibah), dari berbagai perkaataan maksiat, dari perkataan dusta, perbuatan maksiat dan hal-hal yang sia-sia.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari no. 1903) Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini shohih) Lagwuadalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah. (Perkataan Al Akhfasy, Fathul Bari, 3/346, Mawqi’ Al IslamAsy Syamilah) Sedangkan rofats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita (Perkataan Al Azhari, Syarh Muslim, 5/13, Mawqi’ Al Islam, Asy Syamilah) atau dapat pula bermakna kata-kata kotor. (Syarh Muslim, 4/151)
Jabir bin ‘Abdillah berkata, “Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.”
Itulah sejelek-jelek puasa yaitu hanya menahan lapar dan dahaga saja, sedangkan maksiat masih terus jalan. Hendaknya ketika berpuasa, setiap orang berusaha pula menahan anggota badan lainnya dari berbuat maksiat dan hal-hal yang sia-sia. Ibnu Rajab mengatakan, “Tingkatan puasa yang paling rendah adalah hanya meninggalkan minum dan makan saja.” (Latho’if Al Ma’arif, 277)
Oleh karena itu, ketika keluar bulan Ramadhan seharusnya setiap insan menjadi lebih baik dibanding dengan bulan sebelumnya karena dia sudah ditempa di madrasah Ramadhan untuk meninggalkan berbagai macam maksiat. Orang yang dulu malas-malasan shalat 5 waktu, seharusnya menjadi sadar dan rutin mengerjakannya di luar bulan Ramadhan. Juga dalam masalah shalat Jama’ah bagi kaum pria, hendaklah pula dapat dirutinkan dilakukan di masjid sebagaimana rajin dilakukan ketika bulan Ramadhan. Begitu pula dalam bulan Ramadhan banyak wanita muslimah yang berusaha menggunakan jilbab yang menutup diri dengan sempurna, maka di luar bulan Ramadhan seharusnya hal ini tetap dijaga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ketahuilah bahwa) amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang kontinu (ajeg) walaupun sedikit.” (HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah. Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’ no. 1228 mengatakan hadits ini shohih) Para ulama seringkali mengatakan, “Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah, -pen) hanya pada bulan Ramadhan saja.”
Penutup
Inilah beberapa hikmah syar’i yang luar biasa di balik puasa Ramadhan. Oleh karena itu, para salaf sangatlah merindukan bertemu dengan bulan Ramadhan agar memperoleh hikmah-hikmah yang ada di dalamnya. Sebagian ulama mengatakan, “Para salaf biasa berdoa kepada Allah selama 6 bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Dan 6 bulan sisanya mereka berdoa agar amalan-amalan mereka diterima”. (Latho-if Al Ma’arif, 369)
Adapun hikmah puasa yang biasa sering dibicarakan sebagian kalangan bahwa puasa dapat menyehatkan badan (seperti dapat menurunkan bobot tubuh, mengurangi resiko stroke, menurunkan tekanan darah, dan mengurangi resiko diabetes -lihat http://swaramuslim.net), maka itu semua adalah hikmah ikutan saja dan bukan hikmah utama. Sehingga hendaklah seseorang meniatkan puasanya untuk mendapatkan hikmah syar’i terlebih dahulu dan janganlah dia berpuasa hanya untuk mengharapkan nikmat sehat semata. Karena jika niat puasanya hanya untuk mencapai kenikmatan dan kemaslahan duniawi, maka pahala melimpah di sisi Allah akan sirna walaupun dia akan mendapatkan nikmat dunia atau nikmat sehat yang dia cari-cari.
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (QS. Asy Syuraa: 20) Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Barangsiapa yang melakukan amalan puasa, amalan shalat atau amalan shalat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: “Allah akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Namun amalannya akan sia-sia (lenyap) di akhirat nanti karena mereka hanya ingin mencari keuntungan dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang merugi”.” (Periksa Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4/311, Dar Thoyibah, cetakan kedua 1420 H)
Sehingga yang benar, puasa harus dilakukan dengan niat ikhlas untuk mengharap wajah Allah. Sedangkan nikmat kesehatan, itu hanyalah hikmah ikutan saja dari melakukan puasa, dan bukan tujuan utama yang dicari-cari. Jika seseorang berniat ikhlas dalam puasanya, niscaya nikmat dunia akan datang dengan sendirinya tanpa dia cari-cari. Ingatlah selalu nasehat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam“Barangsiapa yang niatnya adalah untuk menggapai akhirat, maka Allah akan memberikan kecukupan dalam hatinya, Dia akan menyatukan keinginannya yang tercerai berai, dunia pun akan dia peroleh dan tunduk hina padanya. Barangsiapa yang niatnya adalah untuk menggapai dunia, maka Allah akan menjadikan dia tidak pernah merasa cukup, akan mencerai beraikan keinginannya, dunia pun tidak dia peroleh kecuali yang telah ditetapkan baginya.” (HR. Tirmidzi no. 2465. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat penjelasan hadits ini di Tuhfatul Ahwadzi, 7/139)
Adapun hadits yang mengatakan, “Berpuasalah, niscaya kalian akan sehat.” Perlu diketahui bahwa hadits semacam ini adalah hadits yang lemah (hadits dho’if) menurut ulama pakar hadits. (Al Hafzih Al ‘Iroqiy dalam Takhrij Al Ihya’(3/75) mengatakan bahwa hadits ini diriwayatkan oleh Ath Thobroniy dalam Al Awsath, Abu Nu’aim dalam Ath Thib An Nabawiy dari hadits Abu Hurairah dengan sanad yang lemah (dho’if). Syaikh Al Albani dalam Silsilah Al Hadits Adh Dho’ifah (1/420) mengatakan bahwa hadits ini dho’if)
Semoga Allah menerima setiap amalan kita di bulan Ramadhan dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya. Semoga Allah memberikan kita petunjuk, ketakwaan, sikap menjauhkan diri dari hal-hal haram dan memberikan kita kecukupan. Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. [Muhammad Abduh Tuasikal]

Tuesday, 2 August 2011

This is MAGIC

Hello everybody, may God bless you all. If i mention Robert Pattison, Jacky Chan. You'll know they are actors. If i mention Bruno Mars, Taylor Swift. You'll know they are singers. But if i mention Callen Morelli, Ben Seidman. You all must be like 'who the hell they are ?!!'. Okay, they are magicians from Theory11. There are 11 magicians in this Theory11.You can find their magic trick in youtube. I want to share some f**king awesome trick from them.


HAHA. Where did the coin go ? Figure it yourself my dear reader ;)



Did this video impress you ? F**king awesome right ?

This is what i like, what i love and this is my PASSION but after SPM which is just around the corner. I wish to become as good as they are. Wish me luck guys. Insya-Allah :)