Tuesday, 20 December 2011

G A Y

Setelah sekian lama si Redfox ni tak menjenguk blog ni akhirnya keluar satu perkataan yang bukan sahaja menjadi buah mulut malah menjadi kata-kata ejekan dan sumpahan anak-anak muda sekarang. Ya, GAY. Kadang-kadang aku pun sebut jugak, tujukan kat orang. Haha ;D

Bukannya sengaja nak tulis benda ni tapi sekarang sudah kecoh dan heboh khabar tentang seorang anak Malaysia yang diberi nama Ariff Alfian Rosli berkahwin dengan seorang lelaki British (Jonathan) yang gay. Of course lah gay kan, dah laki kahwin dengan laki. Apa nak jadi umat akhir zaman ni. Andai kata Nabi Muhammad S.A.W masih ada mesti dialah hamba Allah paling sedih. Selawat dan ke atas baginda. Tak hormatkan agama satu, satu lagi masalahnya memalukan kaum. Kahwin dengan gay, pakai baju melayu. Aduh sedih aku menengok nya. Tapi petronas kira bagus lah dah tarik awal-awal biasiswa dia tu. Pergi sana bukan belajar, bercinta je dengan pasangan songsangnya tu. Mintak-mintak lepas ni jangan lah timbul isu ni walaupun aku rasa memang mustahil. Kesian ibu dia merayu anak dia balik ke Malaysia. Ariff ! Kalau lah kau baca benda ni, baliklah. Walaupun orang ramai hina kau, hutang kau keliling pinggang, mak kau masih nak tengok muka kau. Kau patut bersyukur kau ada mak lagi. Jangan dia dah takde baru kau nak menyesal. Ingat, syurga bawah tapak kaki ibu. Dan bagi rakyat Malaysia, aku harap jangan nak marah-marah, maki sana sini. Mungkin dia tak dapat petunjuk Allah lagi. Mana tahu dengan berkat usaha kita sama-sama berdoa agar dia dapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Jadi manusia berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ini gambar-gambar pasangan tersebut yang aku cilok-cilok dari Mr. Google kita :





Astaghfirullahal'azim, semoga anda kembali ke pangkal jalan. Aminn.