Thursday, 28 July 2011

pokemon

Maksud pokemon :
http://www.indonesiaindonesia.com/f/4849-hukum-pokemon-hakekatnya-bag-1-a/

p/s : Bahan bacaan dalam bahasa indonesia tapi saya seorang anak Malaysia.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=2476&rowstart=0

p/s : Bahan rujukan lain.

Pendapat saya :
Pokemon hanyalah sebuah cerita yang diadaptasi dari hidupan2 disekeliling kita. Tidak kiralah binatang atau tumbuhan. Boleh dikatakan hampir semua ada di dalam siri kartun tersebut. Sebagai contoh, rattata = tikus , phanphy = gajah , dan vulpix = serigala (redfox :O). Tidak ada salahnya kira bermain permainan atau menonton cerita kartun tersebut cuma terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilai sesuatu watak tersebut. Terdapat penipuan yang jelas dan perkara2 yang tidak masuk dek akal tetapi sebagai seorang yang mumayyiz, kita sudah boleh berfikir yang mana betul dan salah. Bagi kalangan ibu bapa pula, perlulah menapis dahulu cerita2 sebegini kerana takut aqidah anak2 mereka akan terpesong. Bukan dek kerana nama2 dalam siri tersebut tetapi sepertimana yang telah disebutkan di dalam link2 yang saya berikan tadi, permainan kad kartun tersebut boleh melibatkan judi walaupun dalam jumlah yang kecil. Sudah tentu para ibu bapa tidak mahu anak2 mereka membesar di dalam belenggu 'perjudian' bukan. Walaupun nampak kecil dan tidak berbahaya namun sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pemikiran dan akhlak seseorang kanak2 itu. Saya sendiri meminati permainan kartun tersebut dan mengumpulnya. Contoh permainannya ialah, Pokemon Red, Pokemon Fire Red, Pokemon Ruby, Pokemon Emerald, Pokemon Colosseum, Pokemon Platinum dan Pokemon Black&White. Saya cukup meminati permainan yang dikeluarkan ini tetapi sebagai seorang yang sudah mampu berfikir secara waras dan matang, tidak menjadi hal bagi saya untuk menetapkan aqidah saya. Alhamdulillah selama saya berada dalam 'kancah' pokemon ini, aqidah saya masih terpelihara.

Dah, tu je. Penat la cakap secara 'baku' ni. Tak biasa :p
Terima kasih kerana membaca. Sekian :)

No comments:

Post a Comment