Sunday, 4 September 2011

Selamat Hari Raya

Salam lebaran buat semua muslim di dunia ini terutamanya di Malaysia. Hari raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi kita semua selepas sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Banyak cobaan dan rintangan sebenarnya aku hadapi. Sebagai contoh, bergaul dengan mereka yang tidak berpuasa, diserang sakit perut (mungkin angin) dan terdapat juga gambar2 di facebook entah siapa2 entah aku tak kenal yang boleh mengurangkan pahala puasa aku. Raya tahun ni juga raya yang paling tak seronok atas sebab musabab tertentu. Duka lara semuanya ada padahal baru berapa hari beraya. Takpelah, asalkan orang lain happy dan seronok menyambut hari raya kali ni. Baju raya korang mesti lawa2 en, ada beli kat Jakel, Alam Sentral, Sunway. Akhir kata, selamat menyambut hari raya Aidilfitri ! Maaf Zahir Batin ! Jangan main mercun sampai putus jari tau ! :)


ketupat dan rendang di atas meja,
diletak bersama kuih raya,
ni pantun simple saja,
selamat hari raya ! :p

hahaha...tak pandai la nak berpantun


oh ya, Selamat Hari Kemerdekaan juga. Walaupun tahun ini di sambut pada 16 September tapi kita boleh jugak sambut pada 31 Ogos. Tak terlambat rasanya nak sambut lagi enn :D 

SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA !!


No comments:

Post a Comment