Sunday, 30 October 2011

Shisha oh Shisha...

Trend budak-budak zaman sekarang, shisha. Apa shisha ni ? Nama orang ke ? Makanan ke ? Bukanlaaa... Shisha ni satu benda yang asapnya akan disedut, macam rokok tapi ia bukan rokok. Ada yang kata shisha berasal dari Turki tapi ada jugak yang cakap ia dari Syria dan India. Benda ni dah wujud 500 tahun lampau. Wow ! Lama tu. Asap shisha tu dihasilkan dari tembakau yang direndam dalam pewarna dan perisa macam apple, anggur, redbull pun ada.


Inilah rupa shisha

Semua sedia maklum yang ramai berpendapat bahawa shisha ni membahayakan kesihatan dan tak kurang juga ada yang kata shisha tidak membayakan kesihatan namun mereka sangat salah. Shisha memang membahayakan kesihatan kita. Setiap produk yang mengandungi tembakau mengandungi kira-kira 3500 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah toxic. Pendek kata, jauhilah shisha (cehh, padahal diri sendiri shisha sampai pukul 3, 4 pagi). Tak seronok pun sebenarnya. Bau je wangi, lepas hisap nanti sakit kepala. Adoooiiiiii~



*this post is for you syasya, hope you'll like it.

Friday, 28 October 2011

Perhatian Kepada Semua MUSLIMAH Khususnya





Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH : 

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!! 



Kalau nak lagi klik sini :)

Tuesday, 18 October 2011

Wahai Umat Islam, Bacalah...

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)



*Mesti ada sesetengah perokok yang ternganga bila baca benda ni. Hahahahaa. Kesian. Sedut sisa kencing syaitan ? Sebenarnya Hadith yang orang ni bagitahu adalah palsu. Untuk penerangan lanjut baca ni. Tapi aku sendiri tidak tahu benar atau tak. Wallahualam.





Saturday, 15 October 2011

Result Trial SPM yang ....

Semua orang tahu yang beberapa minggu yang lalu murid tingkatan 5 ada menghadapi Percubaan SPM. Paling yang tidak seronoknya ialah rate untuk A- telah di naikkan :(  Jika dahulu 70 sudah dikira A- tetapi sekarang 75 baru A-. Sedih betul ! Kalau rate tidak dinaikkan mesti saya dah dapat 2A. Mungkin persediaan tidak mencukupi. Hadoi ! Cuak pulak rasanya.

InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mendapat keputusan yang lebih elok dalam SPM akan datang. Saya harap kawan2 yang seusia saya juga dapat menaikkan nama sekolah masing-masing dengan mencapai keputusan 8, 9 atau 10 A dalam SPM yang akan bermula pada 14/12/2011. Selama maju jaya :)

*Jika anda nampak saya sedang fly di sekolah jangan salah sangka. Saya hanya ingin mencari ketenangan
  kerana  kadang-kadang guru tidak masuk ke dalam kelas, kelas menjadi bising. Saya tidak dapat   
  menumpukan perhatian untuk belajar. Tiap kali fly saya pasti akan membawa buku Chemistry saya bersama.  
  Jangan cepat sangat menjatuhkan hukuman atau tuduhan kepada orang-orang yang macam saya. Kami 
  hanya mahu ketenangan.

Lips of an Angel