Sunday, 30 October 2011

Shisha oh Shisha...

Trend budak-budak zaman sekarang, shisha. Apa shisha ni ? Nama orang ke ? Makanan ke ? Bukanlaaa... Shisha ni satu benda yang asapnya akan disedut, macam rokok tapi ia bukan rokok. Ada yang kata shisha berasal dari Turki tapi ada jugak yang cakap ia dari Syria dan India. Benda ni dah wujud 500 tahun lampau. Wow ! Lama tu. Asap shisha tu dihasilkan dari tembakau yang direndam dalam pewarna dan perisa macam apple, anggur, redbull pun ada.


Inilah rupa shisha

Semua sedia maklum yang ramai berpendapat bahawa shisha ni membahayakan kesihatan dan tak kurang juga ada yang kata shisha tidak membayakan kesihatan namun mereka sangat salah. Shisha memang membahayakan kesihatan kita. Setiap produk yang mengandungi tembakau mengandungi kira-kira 3500 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah toxic. Pendek kata, jauhilah shisha (cehh, padahal diri sendiri shisha sampai pukul 3, 4 pagi). Tak seronok pun sebenarnya. Bau je wangi, lepas hisap nanti sakit kepala. Adoooiiiiii~



*this post is for you syasya, hope you'll like it.

No comments:

Post a Comment