Friday, 1 June 2012

Kehidupan Baruku


Inilah tempat bermastautin aku buat masa ni. Aku terpilih untuk mengikuti matrikulasi setahun di Kolej Matrikulasi Perlis di Arau atau lebih dikenali sebagai KMP. Cantik tempatnya, lecturer sporting, kawan-kawan baik dan makanan dia boleh tahan sedap jugak. Murah pulak tu. Dah seminggu aku dan kawan-kawan seperjuangan mengharungi orientasi yang penuh dengan taklimat dan aktiviti. Agak penat tapi aku pelik kenapa aku tak rasa home sick. Mungkin sebab selesa duduk di sini. Bak kata lecturer tempat duduk 5star :p

InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk skor 4flat. Walau bagaimanapun, aku masih mengharap aku akan diterima ke Dilog Training and Services. Nak study aircraft maintenance! Tapi kalau dah ditakdirkan aku akan menjadi 'orang akaun' aku redha ya Allah. Kepada kawan-kawan seperjuangan, mari kita sama-sama naikkan nama KMP seperti yang telah diikrarkan. Bismillahirrahmanirrahim. Cuak ceq tau sebab ceq takda basic account :D

*Intonasi aku cakap pun dah bunyi macam orang utara sikit. Aduiii!


No comments:

Post a Comment