3 hari cuti macam tak rasa apa je. Ingatkan boleh lah cover untuk jumpa semua kawan-kawan di Shah Alam. Rupanya tak cukup. Nak buat macam mana kan. Masa tetap berjalan walau keluar air mata darah pun aku menangis dan berdoa. Tak perlulah untuk menambah waktu, cuma perlu menambah kesedaran dalam diri supaya mampu menyusun aktiviti seharian. Wahh, apa aku merepek ni?!! Pagi ini aku akan pulang ke Perlis. Berat hati ingin ku tinggalkan tempat penuh bersejarah ini namun apakan daya, masa depan aku terletak di Perlis. Aku akan buktikan yang aku mampu untuk berjaya, mampu untuk berdikari dan mampu untuk mengurus masa dengan cemerlang. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. Permudahkanlah perjalanannya menuju kejayaan. Jauhilah dia dari dosa. Amiin.
Sepanjang 3 hari bercuti awaklah yang menemani saya. Terima kasih :)
Awhhh thank you :)
ReplyDelete