Tuesday, 6 September 2011

Pati Ayam Mampu Pulihkan Kesihatan


Cerebos (Malaysia) Sdn. Bhd., sudah lama dikenali sebagai pengeluar Pati Ayam Bistari dan Brand yang semakin mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat pengguna di negara ini.

Lebih-lebih lagi setelah terbukti banyak kelebihan dan khasiatnya untuk mereka yang mengamalkan pengambilan pati ayam itu sebagai makanan tambahan untuk kesihatan secara berterusan.

Umum tidak perlu ragu atau was-was mengenai ramuan pati ayam yang sering didakwa sebagai tidak menepati piawaian mahu pun tidak halal bagi umat Islam.

Dalam satu pertemuan khas dengan Profesor Madya Dr. Hassan Yaacob dari Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, baru-baru ini beliau telah menerangkan secara terperinci tentang kebagusan khasiat pati ayam itu.

Dr. Hassan mendapati sudah terbukti banyak kelebihannya bagi mereka yang mengamalkan pengambilannya, melalui hasil penyelidikan secara saintifik.

Hasil projek penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan pakar-pakar dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Cerebos menunjukkan pengambilan pati ayam itu antara lain boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit vaskular dan koronari daripada menjadi semakin teruk.

Dr. Hassan mengetuai kajian yang melibatkan kumpulan sukarela, penuntut sekolah, para atlet juga mendapati bahawa banyak kelebihan tentang khasiat pati ayam ini.

Antaranya pati ayam itu:

* Membantu meningkatkan kecergasan badan dan otak.

* Mendorong pengaliran darah dengan lancar.

* Membekalkan tenaga lebih yang diperlukan oleh badan.

* Menggiatkan penghasilan darah.

* Meningkatkan penyerapan zat besi sambil membantu mencegah anaemia.

* Melindungi organ-organ tubuh badan daripada sebarang tekanan.

* Meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu selepas bersalin.

Dalam penghasilan pati ayam itu sendiri ayam yang sudah cukup dewasa berusia antara 60 ke 70 hari sahaja yang diproses setelah disembelih secara Islam, dibuang kepala dan kaki dan dikukus dalam double boiler selama 18 jam sehingga menghasilkan pati ayam yang kepekatannya adalah empat kali ganda daripada sup ayam yang biasa disediakan di dapur oleh suri-suri rumah.

Cerebos juga telah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semenjak 1995 lalu dan pati ayam Bistari difokuskan kepada pasaran Melayu.

Namun begitu sebelum mendapatkan pengesahan itu syarikat tersebut telah memproses pati ayam secara halal maka pati ayam brand juga adalah sesuai untuk pengguna Islam.

Menyentuh tentang kajian terhadap penyertaan sukarelawan, beliau memberitahu mereka diberi pati ayam secara berterusan selama dua minggu.

Sebelum itu Dr. Hassan memeriksa tahap di mana berlaku tindak balas terhadap setiap rangsangan semula jadi tubuh badan mereka seperti kolagen, adrenalin, trombin, adenosina difosfet dan asid arasidonik.

''Data menunjukkan pengambilan pati ayam itu secara tetap selama dua minggu boleh mengurangkan kecenderungan darah untuk beku iaitu meningkatkan tahap di mana platelet darah mula berkumpul,'' kata Dr. Hassan.

Oleh itu ia membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit vaskular dan koronari menjadi bertambah teruk.

Projek penyelidikan selama dua tahun itu yang dibiayai oleh Cerebos bertujuan untuk memastikan menerusi hasil kajian saintifik, tentang faedah-faedah kesihatan daripada pati ayam, yang sudah sekian lama diperakui dan digunakan sebagai bahan pemulih traditional di kalangan masyarakat Asia, khusus mereka yang baru bersalin atau yang menghadapi kekurangan tenaga.

Pakar-Pakar sains yang terlibat dalam projek ini ialah Profesor Madya Dr. Azhar Mohd. Zain dari Jabatan Perubatan Psikiatrik, Profesor Madya Dr. Syed Mohsin Sahil Jamalullail dari Jabatan Farmakologi dan Profesor Madya Dr. Rabindarjeet Singh dari Jabatan Fisiologi, kesemuanya dari USM Kubang Kerian, Kelantan.

Dr. Hassan juga memberitahu bahawa dari segi pemulihan darah ujian-ujian makmal yang dijalankan pati ayam membantu pemulihan darah kalangan mereka yang mengalami anemia dan wanita yang kehilangan darah semasa melahirkan anak atau disebabkan haid yang berlarutan.

''Kajian yang dijalankan di Klinik Psikoterapi di Hospital USM, Kubang Kerian dalam tempoh setahun menunjukkan pati ayam itu berjaya mengurangkan kebimbangan pesakit secara umum di segi biologi dan psikologi,'' jelasnya.

Kajian awal terhadap kesan pati ayam ke atas pencapaian fizikal para atlet menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dengan peningkatan kadar metabolisme dan mereka dapat menjalani latihan getir dengan lebih pantas.

Kajian ini dijangka selesai menjelang September 99.

Cerebos Pacific ialah anak syarikat Suntory Ltd. syarikat makanan dan minuman ketiga terbesar di Jepun yang mencatat perolehan di seluruh dunia berjumlah AS$8 billion.

Cerebos adalah pengeluar pati ayam dengan penggunaan teknologi pengeluaran moden dan mempunyai sijil kualiti ISO 9002 yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan menjamin setiap botol Pati Ayam Bistari bermutu tinggi, telus angin dan boleh digunakan sepanjang masa asalkan tidak dibuka.

Jika botol sudah dibuka ia hanya boleh digunakan selama 24 jam selepas tutupnya terbuka.

Oleh: ZAHARANI ASRAN
Source : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=1999&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=gaya%5Fhidup&pg=l
Date Source: 08/01/1999


*Diambil dari laman web USM, hehehe. Bapak lama berita ni. Aku pun minum jugak benda ni. Walaupun rasa dia macam ayam dan bau dia bau macam ayam kat reban tapi sedap jugak kadang2.


No comments:

Post a Comment