Monday, 12 September 2011

Tips Belajar Saya

Ini aku tak ambil dari mana-mana sumber okay. Memang betul-betul apa yang aku praktikkan. Praktik ke ? Takde lah praktikkan sangat tapi sangat mujarab dan terbaik untuk aku. Lain orang lain cara belajarnya. Perempuan dan lelaki cara belajarnya lain. Majoriti perempuan lebih pro menghafal tapi lelaki akan cuba mendalami dan memahami sesuatu perkara tersebut. Jangan marah aku pasal statement tu okay. Aku berkata tentang majoriti, bukan semua. HEHE.. Jadi tips-tipsnya ialah:

1. Untuk matapelajaran PENDIDIKAN ISLAM ; lebih baik bersoal jawab dengan kawan-kawan daripada membaca buku seorang diri tetapi bagi yang otaknya mudah bercelaru dengan jawapan sebenar hendaklah elak benda ni sebab sesetengah kawan-kawan anda akan memberi jawapan yang merepek lagi merapu apabila disoal. Macam kawan-kawan aku lah. HEHE..

2. Untuk matapelajaran BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS ; membaca lebih banyak bahan bacaan, mintak la kat cikgu beberapa frasa dan kosa kata menarik. Gunakan frasa dan kosa kata menarik tersebut dalam percakapan harian anda. Borak dengan kawan-kawan pun takpe. Kena jugak baca buku lagi-lagi bahagian novel-novel tu haa.

3. Untuk matapelajaran MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN ; buat latihan sambil buat nota, cuba fahamkan kaedah yang digunakan. Ambil tahu formula-formula yang berkaitan. Dah buat latihan tu tengok jawapan belakang, tengok betul ke tak dan tengok jalan kiranya. *aku tak pernah lulus lagi setakat ni untuk addmath, harap-harap benda ni menjadi.


4. Untuk matapelajaran KIMIA, FIZIK & BIOLOGI ; perlu cari cikgu atau orang yang pandai mengajar. Kalau tak memang selamat jalan pada A+ anda tu. Baca buku dan buat latihan tu wajib untuk subjek-subjek ni. Sebelum exam baca yang mana yang selalu masuk, kata exam oriented en. Baca mana yang masuk exam je lah. Nak faham-faham lebih mendalam lepas exam pun boleh.

5. Untuk matapelajaran SEJARAH ; emm, baca and buat perbincangan. Tu je aku boleh cakap. Kalau objektif buat latihan macam aku buat time PMR dulu. Dari form 1 sampai form 3 tak faham apa-apa tapi 2 hari sebelum paper sejarah PMR habiskan satu buku latihan sejarah. Alhamdulillah la dapat jugak B. Dapat B pun sebab folio aku fotostat folio cikgu agaknya :p

6. Untuk matapelajaran SENI, EKONOMI, PERDAGANGAN, TASAWWUR ISLAM, SAINS ; haaaa, ini aku taktau sebab aku tak ambil tapi untuk tasawwur, ekonomi dan perdagangan elok kalau faham, sains hafal (takde jalan lain), dan seni tu baca je lah sepintas lalu. HEHE..


InsyaAllah dengan berkat usaha anda sendiri, anda akan berjaya. Ingat ! jangan selalu sangat tengok benda bukan-bukan sama ada live atau tidak. Oh ya, fokus dan ketepikan semua halangan dan benda-benda yang boleh menghilangkan tumpuan. Jaga pemakanan, jangan makan makanan yang masam, maggie, cikedis dan objek-objek yang sewaktu dengannya. Sediakan payung sebelum hujan. Sebelum nasi menjadi bubur baiklah bersedia dari sekarang. Saya doakan kejayaan anda yang membaca blog ni walaupun takde orang. HEHE..


Sekian...

No comments:

Post a Comment