Semua orang mempunyai hati, semua orang mempunyai perasaan. Tak dapat disangkal lagi yang semua orang memerlukan kasih dan sayang bukan sahaja daripada Yang Maha Esa di atas sana malah daripada sesama manusia. Bukan untuk menggalakkan anda bercinta atau bercintun, cuma itulah dia lumrah manusia. Ingin mengasihi dan ingin di kasihani. Dan tuan empunya blog pun tidak ketinggalan untuk merasai perkara tersebut.
Saya terfikir semula apa yang dikatakan oleh cikgu kaunseling saya, kawan saya dan sumber inspirasi saya. Eceh! Encik Shahrul Azwan. Satu masa dahulu saya jatuh hati kepada seorang gadis. Tetapi malang sekali gadis tersebut tidak menerima cinta saya pada mulanya. Dia kata dia hanya sayang saya sebagai kawan. Apabila saya menceritakan perkara ini kepada cikgu. Ketika itulah cikgu berkata, "Kalau dia nak engkau macam mana engkau nak dia, dia takkan cakap tidak." Perkara itu sentiasa tengiang-ngiang di dalam benak saya tetapi seperti ada satu macam kuasa yang menghalang saya daripada meninggalkan gadis tersebut.
Cukuplah sekadar di situ. Cerita cinta kami terlalu panjang dan penuh liku. Hanya perlu anda tahu, kami sudah tiada apa-apa. Membawa haluan masing-masing. Itu merupakan kisah permulaan jalan berliku. Kini sudah ada seorang yang baru di hati namun, boleh dikatakan perkara yang lebih kurang berlaku. Sampai satu tahap aku terfikir. MENGAPA MEREKA YANG SUKA MEMAINKAN PERASAAN GADIS SANGAT SENANG MENDAPAT PASANGAN, MANAKALA MENGAPA MEREKA YANG BETUL-BETUL INGIN MENYAYANGI GADIS ITU DENGAN SEPENUH HATI SANGAT SUSAH UNTUK MENDAPATKANNYA. Amat susah untuk orang yang betul-betul jujur untuk mendapat jawapan "YA" daripada seorang gadis apabila meluahkan perasaan cinta terhadapnya.
Ingatlah kawan-kawan, ini semua dugaan dan cobaan di dunia. Janganlah terlalu berduka lara kerananya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ya, saya tahu bercakap memang senang, nak buat itu payah! Pun begitu ingatlah, Allah ada berada dengan kamu semua. Jika dialah jodoh kita, tidak perlulah kita risau kerana memang Allah telah menjadikan tiap-tiap perkara itu berpasang-pasangan. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita mahukan. Jangan gundah gulana sehingga melupakan Yang Maha Esa. Sampai di sini saja coretan dan nukilan saya. Ada beberapa gambar yang telah di'curi' dari En.Google untuk anda.
Thank you for everything dear. Just one thing, don't call me sayang if you only love me as a friend. It hurts. Trust me :)
No comments:
Post a Comment