Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan 2012

Assalamualaikum! oh dan selamat sejahtera in case ada yang non-muslim yang terbaca atau terview ini post. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Bulan yang melipatgandakan pahala jadi kita pun perlulah melipatgandakan amalan.

Buat si perokok, saya merayu janganlah batalkan puasa anda kerana sangap. Sebagai seorang perokok saya malu kerana ada orang macam anda-anda yang berbuat sedemikian. Ini merupakan pesanan perokok kepada perokok. Kalau boleh gunakan bulan Ramadhan al-Mubarak ini sebagai titik permulaan untuk berhenti merokok.

Seperti yang kita sedia maklum, musuh paling rapat dengan kita. Syaitan-syaitan ini akan dibelenggu jadi janganlah kita pula mengganti tempat diorang. Tak payah la nak buat part time menjadi 'syaitan Ramadhan'. atau nak menyetankan orang lain. Susah-susah je. Baik kita buat amal yang akan menolong kita di akhirat kelak. Jadi syaitan ni tak tolong pun kita masuk syurga, jamin masuk neraka lagi ada lah.


Akhir sekali, saya ingin meminta ampun dan maaf jika ada tersilap kata, tersalah langkah, terungkit cerita, terhutang tak bayar. Saya harap Ramadhan ini bakal mengubah hidup anda semua ke arah yang lebih baik. Eceh dah macam bagi ceramah Ramadhan pulak rasanya. Oh ya, baru saya teringat. Adik kepada rakan saya telah kembali ke rahmatullah semalam. Harap kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat Allayarham Syakir Dinie. Walaupunku tidak rapat denganmu tetapi sebagai seorang muslim aku terasa sebak bila merenung wajahmu. Semoga anda di tempatkan di kalangan orang beriman. Amiin...

No comments:

Post a Comment